FALSAFAH
Kemahiran merupakan aset untuk menjadi lebih berjaya dalam kerjaya. Ianya juga menjadi bekalan untuk menjana pendapatan samada tetap atau sambilan. Oleh ekosistem yang kondusif untuk kemahiran berkembang adalah sesuatu yang amat diperlukan.
OBJEKTIF
Menguruskan pembangunan kemahiran untuk penduduk Terengganu secara khususnya dan rakyat Malaysia secara amnya.
MANFAAT
TMahir akan membantu semua pihak berkepentingan untuk menambahkan pendapatan dari aktiviti yang dijalankan dan juga kemahiran yang didapati melalui program ini.
berkenaan tmahir
TMahir merupakan satu wadah pembangunan kemahiran negeri Terengganu
Melalui TMahir kemahiran dapat dibangun, dikembangkan dan menjana pendapatan kepada rakyat Terengganu
BAGAIMANA IA BERFUNGSI
APA ITU TERENGGANU MAHIR
TMahir terdiri dari beberapa komponen yang berfungsi secara holistik. Ianya akan membantu membangunkan sosio ekonomi masyarakat Terengganu.
1.
Pusat Kemahiran Bertauliah
Pusat kemahiran bertauliah samada dimiliki oleh kerajaan, swasta dan syarikat-syarikat korporat dan GLC didaftarkan dalam TMahir.
2.
Pakar-Pakar Kemahiran
Pakar-pakar kemahiran yang terdiri dari para professional, akademik, persara dan ahli komuniti yang berpengalaman menjadi antara penggerak utama TMahir
3.
Latihan Kemahiran
Latihan-latihan kemahiran samada untuk pentauliahan atau untuk menambahkan kemahiran serta juga untuk hobi ditawarkan untuk semua yang berminat.
4.
Peluang Pekerjaan
Kerjasama dengan pihak kerajaan, swasta, korporat, GLC, NGO dan sebagainya akan membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang bernaung di bawah TMahir.
5.
Program-Program Sosio Ekonomi
TMahir juga menjalankan program-program pembangunan sosio ekonomi untuk membantu peningkatan QOL (Kualiti Hidup) masyarakat.
6.
Bahan Rujukan
TMahir menyimpan bahan-bahan rujukan samada bahan akademik dan juga bukan akademik dalam pelbagai bentuk media yang akan dapat diakses oleh pengguna.
Mereka Mempunyai Kemahiran
Kemahiran yang diperolehi melalui program-program formal dan tidak formal memberi kelebihan untuk mereka untuk membina kerjaya dan perniagaan.
Mereka Terlatih
Latihan intensif secara tersusun yang dijalankan serta ditauliahkan oleh badan akreaditasi kerajaan memberi kelebihan dan keyakinan diri kepada peserta.
Mereka Berwawasan
Pembangunan keusahawanan yang menekankan aspek soft skill membentuk generasi yang mempunyai motivasi tinggi serta berwawasan untuk membina masa depan yang cemerlang.
KISAH KEJAYAAN
Banyak contoh kejayaan yang telah dicapai oleh peserta TMahir.
Portfolio
TMahir digerakkan oleh kombinasi NGO dan swasta yang berpengalaman dalam aspek latihan.
Testimoni
Peserta yang telah menyertai program-program TMahir mengakui banyak manfaat yang telah mereka dapati melalui program ini.
Saya merasakan keyakinan diri saya bertambah setelah beberapa lama menjalani beberapa program di bawah TMahir
Nurul farihah dzamiruddin
Walaupun saya graduan dari IPT, saya merasakan bahawa TMahir banyak membantu saya menambahkan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kemahiran
mohd hafizi hashim
Sertai kami…
Maklumat Terkini
Berita terkini program TMahir